FaQ Kursus Pendek

Berapa lamakah tempoh pengajian bagi kursus pendek?
» Tempoh kursus pendek adalah bergantung kepada tempoh kursus tersebut dijalankan.


Bagaimanakah cara perlaksanaan kursus pendek?

» Ianya dijalankan pada hujung minggu (8.00pg - 5.00ptg). Kursus juga dijalankan pada hari/waktu bekerja bergantung kepada kesesuaian masa dan tempat.


Siapakah yang layak memohon kursus pendek?
» Terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA dan tiada had umur (boleh membaca dan menulis). Kedua-dua program/kursus ini terbuka kepada  semua golongan masyarakat komuniti, pekerja, pelajar, pesara, warga emas, suri rumah, lepasan sekolah dan lepasan universiti.


Berapakah jumlah yuran yang dikenakan untuk mengikuti kursus pendek?

» Berikut adalah maklumat yuran kursus pendek:

  • 1 - 5 jam = RM5.00
  • 6 - 10 jam = RM10.00
  • 11 - 15 jam = RM15.00
  • 16 jam ke atas = RM20.00
  • Warga Emas & OKU = Percuma

*Tertakluk kepada pindaan/perubahan dan yuran-yuran tersebut tidak termasuk yuran untuk makan, nota, bahan pengajaran dan lain-lain. 


Adakah peserta akan diberikan sijil setelah tamat mengikuti kursus?

» Ya, sijil akan diberikan kepada setiap peserta yang mengikuti mana-mana kursus yang ditawarkan.


Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan sijil?
» Kebiasaannya pihak Kolej Komuniti Pasir Gudang akan menyerahkan sijil kepada peserta dalam tempoh satu minggu selepas tamat kursus.


Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat kesalahan ejaan atau no kad pengenalan pada sijil yang saya terima?
» Sila catatkan pembetulan pada sijil berkenaan dan serahkan semula kepada pihak kami. Tempoh penyerahan semula sijil adalah dalam masa satu minggu.

 

Bolehkah kursus pendek dijalankan diluar kawasan kampus Kolej Komuniti Pasir Gudang?
» Boleh, bergantung kepada permintaan peserta serta bersesuaian dengan kursus yang hendak dijalankan.

Kami mempunyai 3 tetamu dan tiada ahli dalam talian

Hari Ini: 13
Semalam: 23
Minggu Ini: 13
Last Week: 152
Bulan Ini: 533
Last Month: 333
Jumlah: 3,719
003719